.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

PESTA SUKANEKA SAHABAT TAHUN 2010

Pesta Sukaneka Sahabat AIM Cawangan Lipis Kuala Lipis – Pada 6 Februari 2010, bertempat di Padang Dataran Lipis, Pahang telah berlangsung Pesta Sukaneka untuk sahabat cawangan lipis yang dirasmikan oleh Dato' Amiamzah Ahmad (Pengerusi AIM), turut hadir pada program tersebut Hjh Zabidah Ismail (PU/Pengarah Urusan) yang turut serta dalam program sukaneka tersebut. Tujuan program ini di adakan ada untuk merapatkan antara pihak pengurusan dan sahabat. Dimana ada antara sahabat yang pertama kalinya berjumpa dengan Dato' dan Pengarah Urusan secara lebih rapat.
Seramai hampir seribu orang sahabat telah hadir ke sukaneka tersebut. Program sukaneka bermula pada pukul lapan pagi dengan acara senamrobik yang berlangsung di padang Dataran Lipis. Selepas senamrobik tamat doa dan ikrar menjadi pembuka untuk majlis perasmian yang dirasmikan oleh Dato' Pengurusi AIM.
Acara sukaneka bermula pada pukul 1.00 ptg, antara sukaneka yang terlibat seperti tarik tali, tarik upih pinang, lari dalam guni dan banyak lagi. Acara sukaneka berlangsung sehingga pukul 5.30 pm dan ucapan penutup disampaikan oleh pengarah urusan aim Hjh Zabidah Ismail.. GELERI

No comments:

Post a Comment