.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Bengkel Pemantapan National Key Results Area (NKRA)

MELAKA 23/04/10 - Bertempat di Hotel Orkid Melaka telah berlangsung satu bengkel Pemantapan National Key Results Area (NKRA) yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Usahawan (UPU) yang di wakili oleh En Rosli Abdul.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan, kaitan antara NKRA dengan unit UPU khususnya, yang sekaligus melibatkan kakitangan lapangan dan seluruh pihak cawangan. AIM menyasaran akan melahirkan usahawan seramai kira-kira 4000 orang menjelang 2012. Untuk memastikan kejayaan dalam melatih dan melahirkan 4000 orang usahawan wanita menjelang 2012, kita perlu bekerjasama dalam semua perkara.

Kekuatan AIM, terletak pada akar nya, akarnya adalah sahabat dan kakitangan lapangan yang perlu kuat dalam membentuk usahawan dan diri untuk berjaya. Dengan lahirnya usahawan dengan acuan AIM bakal menjadi pemacu kepada kejayaan seluruh warga AIM di masa depan.

Sambutan Cawangan Emas AIM Cawangan Rompin

Rompin, Pahang – 27 Mac 2010 bertempat di Dewan Besar Muadzam Shah telah berlangsung Majlis Perasmian Cawangan Emas Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Rompin. Program ini telah disempurnakan oleh Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap ADUN Muadzam Shah. Majlis ini dihadiri oleh Hjh. Zabidah Ismail, Pengarah Urusan, Pengurusan Kanan AIM serta 1,500 orang hadirin yang terdiri daripada Sahabat dan ahli keluarga.

Majlis ini diadakan khusus bagi meraikan pencapaian Cawangan Emas Cawangan Rompin yang kini mempunyai 2859 Sahabat Sah. Majlis yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi ini juga bertujuan meraikan Sahabat-sahabat dan dapat mengeratkan silaturahim antara Sahabat dan kakitangan.

Dalam ucapan perasmian Dato’ Maznah melahirkan rasa bangga dengan kehadiran Sahabat meraikan program ini, dengan komitmen penuh daripada Sahabat beliau yakin kejayaan dapat dicapai sama ada dari segi sosial, ekonomi dan kerohanian.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Lembaga dan Pengurusan AIM kerana berjaya membantu kerajaan mengurangkan kemiskinan. Beliau turut bangga dengan pencapaian AIM yang kini mempunyai 240 ribu Sahabat dengan jumlah pengeluaran pinjaman RM3.8 bilion dan kadar bayaran melebihi 99%.

Belia juga mengalu-alukan perancangan AIM untuk mewujudkan Wilayah Pahang kerana selepas ini penumpuan akan diberikan kepada Sahabat-sahabat di negeri Pahang. Beliau mencadangkan perbincangan antara AIM dan Kementerian Sumber Manusia untuk program latihan Sahabat supaya mencapai tahap perniagaan lebih maju sehingga boleh melahirkan 4000 usahawan seperti yang disasarkan dalam NKRA. Beliau turut mengumumkan akan memberi peruntukan RM5,000 bagi program ini dan RM5,000 lagi untuk program berbentuk ilmiah bagi Sahabat Cawangan Rompin.

Dalam majlis ini, Dato’ Maznah telah menyampai anugerah kepada kakitangan cawangan serta Sahabat-sahabat. Beliau turut melawat gerai-gerai pameran dan gerai jualan Sahabat. Antara agensi luar yang turut serta dalam pameran ini ialah Tabung Haji, Ar-Rahnu YaPEIM, Score A, Kolej Komuniti Rompin dan Kementerian Sumber Manusia. Acara cabutan telah mengakhiri program ini. Hadiah cabutan bertuah disampaikan oleh Hjh. Zabidah Ismail, Pengarah Urusan AIM.

SEMINAR KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK)

Seremban 23/03/2010 - Satu seminar kesedaran sistem pengurusan kualiti telah dia adakan di Hotel Carlton Star, seremban. Antara objektif seminar adalah untuk menerangkan sistem pengurusan kualiti (SPK) AIM dan MS ISO 9001:2008 dengan harapan di akhir seminar semua kakitangan akan memahami dan menghayati SPK dan MS ISO 9001:2008.

Antara cawangan yang terlibat dalam seminar ini seperti Muar, Melaka, Seremban dan pejabat Wilayah. Ceramah berkenaan SPK dan MS ISO 9001:2008 telah disampaikan oleh wakil unit pengurusan kualiti dan dokumentasi Pn Norashifah Salleh dari unit khairat. Program bermula dengan penerangan SPK dan MS ISO 9001:2008 berlansung sehingga pukul 10.30 pagi. Program bersambung semula selepas minum pagi, dengan tajuk pemantapan sistem fail, prosedur Kawalan dan Pelupusan. Program berlangsung sehingga pukul 5.00 dan bersurai.

Semoga dengan perlaksanaan seminar ini akan dapat memberi ingatan, pemahaman dan penghayatan kepada keseluruhan kakitangan terhadap SPK dan MS ISO 9001:2008.