.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

KUALA PILAH cantik, beres, power

Kuala Pilah – Majlis Perasmian Cawangan Emas, Zero PAR dan Pertandingan Nasyid AIM Cawangan Kuala Pilah telah dilangsungkan pada 13 Disember 2009 yang lalu. Majlis ini diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hassan Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Antara tetamu lain yang turut hadir ialah YH. Dato’ Haji Amihamzah Ahmad, Pengerusi Lembaga AIM serta Puan Nor Fazidah Kadri, Pengarah Bahagian Pinjaman dan Operasi AIM. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran barisan pengurusan AIM Wilayah Selatan dan Sahabat-sahabat jemputan dari seluruh Cawangan Kuala Pilah.

Pada majlis ini, YB. Dato’ Haji Hassan Malek amat berbangga dengan pencapaian AIM terutamanya prestasi bayaran balik. Beliau turut memberi pujian atas kerjasama dan kesepakatan yang membolehkan rekod yang cemerlang dapat dicapai di Cawangan Kuala Pilah sehingga membawa ke tahap cawangan emas.

Gelaran Cawangan Emas diberikan khusus kepada cawangan yang telah mencapai penyertaan penuh Sahabat-sahabat iaitu semua kawasan operasi AIM di Cawangan Kuala Pilah yang dibahagikan kepada tujuh blok telah diisi dengan peserta AIM. Dengan keupayaan, kegigihan staf lapangan dan pengurusan cawangan telah berjaya sampai ke tahap ini.

Di dalam majlis ini juga, YB. Timbalan Menteri telah menyampaikan anugerah-anugerah kepada Sahabat-sahabat berjaya. Kategori yang disampaikan ialah Sahabat Berjaya Cawangan Kuala Pilah, Pusat Terbaik, Pusat Harapan, Sahabat ke 2300, Sahabat Warga Emas dan Sahabat Berjaya setiap blok.

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan pertandingan nasyid antara blok, cabutan bertuah dan meneka jumlah kuaci. Kumpulan nasyid Blok Juasseh muncul sebagai juara diikuti Blok Jempol tempat kedua dan Blok Pilah Tengah tempat ketiga.

Majlis ini secara keseluruhannya berjalan lancer atas sokongan Sahabat dan kakitangan AIM. Semoga program sebegini memberi kebaikan dan manfaat kepada kedua-dua pihak.

1 comment: