.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

Bengkel Hala Tuju Wilayah Selatan & AKC

11 Mac 2010- Bertempat di Hotel Sri Cempaka, PGRM Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsung Bengkel Hala Tuju dan Anugerah Khidmat Cemerlang AIM Wilayah Selatan. Bengkel ini bertujuan untuk membentangkan perancangan gerak kerja yang akan dibuat oleh setiap pejabat cawangan dan pejabat wilayah pada tahun 2010. Di samping itu juga diadakan Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang bagi menghargai pencapaian kerja yang telah diberikan semua kakitangan Wilayah Selatan sepanjang tahun 2009.

Program ini telah dirasmikan oleh Nor Fazidah Kadri, Pengarah Bahagian Pinjaman dan Operasi. Dalam ucapan perasmian, beliau melahirkan rasa bangga kepada semua warga kerja Wilayah Selatan yang telah merealisasikan manifesto dengan menunjukkan pencapaian yang terbaik berbanding tahun sebelumnya. Ini dibuktikan dengan 9 Cawangan telah mencapai kapasiti penuh (FC) dan 6 cawangan Zero PAR.

“Untuk menjadikan AIM organisasi bertaraf dunia gerak kerja mestilah bersifat dinamik, untuk bergerak ke arah itu beberapa wilayah dan cawangan baru akan dibuka pada tahun ini. Dengan sasaran pengeluaran pinjaman 1 bilion pada tahun 2010 Wilayah Selatan akan membuka Cawangan baru di Pontian, Kluang dan Segamat”, tambah beliau.

Dalam bengkel ini juga, Wilayah Selatan meletakkan fokus gerak kerja bagi tahun 2010 antaranya 100% cawangan FC, 100% Zero PAR, 100 orang sahabat usahawan, 100% kakitangan budaya kerja cemerlang, 100% cawangan ke arah ISO dan 95% Sahabat meminjam (OE). Cawangan-cawangan turut membentang gerak kerja dan hala tuju bagi mencapai sasaran yang dirancangkan.

Bengkel ini berakhir dengan majlis penyampaian anugerah kepada kakitangan yang cemerlang dalam sasaran kerja yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment