.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

MESYUARAT KEPAIM DWITAHUNAN KE - 5

TAIPING 4/7/09 - Mesyuarat KEPAIM telah di adakan di Taiping, mesyurat berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kehadiran ahli di luar jangkaan hampir 300 orang yang hadir pada hari itu, sehingga dewan tidak dapat menampung jumlah ahli yang hadir pada hari tersebut. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Dato Amihamzah B Ahmad, turut hadir Penolong Pengarah perjawatan dan pemerhati-pemerhati dari luar. Terima Kasih di ucapkan kepada Dato kerana sudi hadir pada majlis tersebut dan tahniah kepada ahli-ahli KEPAIM kerana telah menunjukkan komitmen dan kegagahan kesatuan kerja AIM kerana hadir di luar jangkaan. Majlis juga turut dihadiri oleh wakil dari MTUC.
Pada mesyurat KEPAIM kali ke-5 ini tiada banyak perubahan jawatan dalam ahli jawatankuasa KEPAIM untuk sesi 2009-2011. Jawatan Presiden masih kekal milik En ismail maklumat lebih lanjut anda boleh rujuk ruangan profile. Dengan kepimpinan yang berpengalaman ini akan dapat membentuk satu ombak perubahan kepada pekerja dan majikan. Diharap ahli jawatankuasa yang baru ini dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk perkerja-pekerja AIM. kami (ahli kepaim) akan sentiasa menyokong anda dalam membentuk arus perubahan. "perkerja diutamakan, organisasi di majukan"

wasalam.
gambar-gambar menarik dalam ruangan GELERI

No comments:

Post a Comment