.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

PERPISAHAN....

Satu majlis perpisahan yang diadakan di caw. kuala langat, bertujuan untuk mengenang jasa dan keringat dua staff yang akan berpindah ke cawangan lain. Yang dimaksudkan adalah Farhana dan Hasmira. Farhana akan berpindah ke Pejabat WSL dan Hasmira akan ke caw Marang. Kepada kakitangan lain-lain caw. wilayah selatan yang akan berhijrah ke tempat baru, buktikan anda bukan di pindahkan sebab anda "O" , tapi dipindahkan sebab anda adalah yang terbaik.

Dalam hidup kita ini terdapat bermacam-macam dugaan yang datang. Kehilangan dan perpisahan adalah salah satu dugaan yang perlu dihadapi oleh kita. Ada di antara kita "suka dan gembira" apabila berpisah atau kehilangan seseorang. Ada antara kita yang sedih dan merasakan kehilangan dalam hidup apabila berpisah dengan seseorang. Itulah yang selalu terjadi didalam hidup insan yang bergelar manusia.
Kepada yang gembira akan merasa "lega" dan selesa dengan kehilangan kerana tiada lagi orang yang dapat mengganggu, bersaing, dan berkuasa dari mereka. Tapi ingatlah kegembiraan yang kita ada sekarang ini semuanya datang dari yang Maha Esa. Kepada yang sedang gembira dengan kehilangan, anda pasti orang lain sukakan anda??
Kepada yang sedih akan merasa kehilangan dan tidak bersemangat. Merasakan unpama hidup tampa udara,ibu kehilangan anak. Tapi ingat bersedihlah untuk seketika kerana hidup perlu di teruskan, anda yang menentukan hidup anda bukannya orang lain.

No comments:

Post a Comment