Melaka 17/10/09 - Pada hari sabtu 17/10/09 telah berlangsung satu majlis sambut aidilfitri dan motivasi dalam pengurusan kewangan. Program bermula pada pukul 9.00 pagi, dimana semua kakitangan termasuk kakitangan PKMB berkumpul di dewan Hang Tuah, melaka. Semua kakitangan segak berbaju melayu dan berbaju kurung.
Program bermula dengan sesi ceramah yang dikendalikan oleh En Mansor dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) cawangan Melaka, ceramah yang disampaikan berkenaan pengurursan kewangan dengan bijak. Pendidikan kredit dan kewangan merupakan jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi di masa kini. Dengan itu, adalah menjadi matlamat AKPK untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangkakan untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak. Misi AKPK adalah untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”. Adalah menjadi matlamat AKPK untuk memastikan secara proaktifnya bahawa warga Malaysia terus berdaya tahan dan berhemah dalam menguruskan kewangan mereka.
Selepas ceramah AKPK, program diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengurus wilayah pada dasar PW menyentuh sedikit hal-hal berkaitan kerja, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang memberi kerjasama yang baik pada majlis tersebut. program diteruskan lagi dengan agenda yang dinanti-nantikan, iaitu jamuan hari raya dan persembahan dari cawangan-cawangan AIM spi. Cawangan yang mendapat markah tertinggi dari juri-juri yang dilantik adalah cawangan Kuala Langat yang muziknya diiringi oleh PC Irwan Haji Daud, tahniah atas kejayaan yang diraih oleh cawangan kuala langat, tempat kedua jatuh kepada Cawangan melaka dan tempat ketiga di raih oleh cawangan Lipis.

Sesi yang terakhir adalah mesyuarat Koperasi yang melibatkan ahli koperasi sahaja. Program tamat pada pukul 3.30 dan bersurai.
gud job.
ReplyDeletewell done.
keep it up..
tahun depan kita buat lagi besar..
ReplyDelete