.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

SRI RAKYAT

SELATAN Port Dickson 18/10/09 - Sri Rakyat pernah muncul dalam blog ini pada 2/7/09 yang lalu dimana pusat sri rakyat telah mengadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Pada 18 hb oktober yg lepas pusat ini muncul sekali lagi di dalam blog ini dengan paparan program yang lebih besar dan meriah. Pusat Sri rakyat yang di pimpin oleh Puan Bibi Hasan (ketua pusat) di selia oleh PA Suhelmi dari PKMB seremban telah mengadakan Program sambutan aidilftri dengan kerjasama Pak Abu tuan rumah merangkap suami salah sorang sahabat pusat tersebut. Pusat Sri Rakyat mempunyai seramai 20 orang sahabat ( mesyurat setiap hari khamis ), dengan kekuatan seramai 20 orang, sahabat pusat sri rakyat telah berjaya menganjurkan majlis aidilfitri yang dihadiri seramai hampir 200++ orang.
Program bermula dengan bacaan yasin dan doa selamat yang di ketua oleh imam surau rumah rakyat telok pelandok Port Dickson. selepas itu hadirin diraikan dengan jamuan makan. Program yang di nantikan oleh hadirin adalah cabutan bertuah, hampri 30 hemper telah di sediakan untuk tetamu yang hadir.

Diharapkan pusat ini akan berkekalan dan terus maju, dengan harapan ia akan menjadi pusat contoh kepada pusat lain yang ada di sekitarnya, dimana dari mula lagi telah ditaman dengan sikap yang baik dalam diri setiap orang sahabat pusat sri rakyat. "Melentur buluh biarlah dari rebung".

wasalam

No comments:

Post a Comment