Program bermula dengan pendaftaran peserta pada sebelah pagi (10hb). Terdapat 3 kuliah pada hari tersebut, bermula pada pukul 10.00am (kuliah 1) seterusnya pada pukul 2.30pm (kuliah 2) dan yang terakhir selepas Tarawih. selain daripada kuliah, terdapat juga bacaan yasin / tahlil, solat berjemaah, dan solat tarawih. Majlis bersurai pada hari tersebut pada pukul 10.00pm selapas minum malam.
Pada 11hb, program bermula seawal pukul 3.00 pagi, dengan Qiamullail, solat berjemaah sehinggalah solat subuh berjemaah. Kuliah 3 pada pukul 9.00am dan ucapan dari pihak pengurusan AIM dan majlis penutup. Dengan berakhirnya program sasiah ini diharapakan akan terbentuklah rohani yang bersih dari segala 'penyakit' dalam setiap orang peserta yang mengikuti program sasiah ramadhan pada tahun ini. nabi s.a.w bersabda " Allah s.w.t berfirman ; 'wahai anak Adam! luangkanlah dirimu untuk beribadat; nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan aku tidak menutup kefakiran kamu' riwayat al-tarmizi. Diharapkan semua pesrta pada tahun ini menjadi mukmin yang bertakwa.
No comments:
Post a Comment