18/12/2009 Kuala Terengganu - Satu lawatan telah di anjurkan oleh pejabat wilayah selatan ke pejabat Wilayah Terengganu dan sekitarnya yang bermula pada 18hb sehingga 20hb Disember 2009. Objektif lawatan ini dibuat ialah untuk memberi pendedahan kepada Peserta yang terdiri daripada kakitangan Wilayah Selatan yang majoritinya kakitangan baru. Dengan lawatan tersebut di harapkan kakitangan Aim Wilayah Selatan dapat menimba ilmu dan pengalaman dari kakitangan pejabat Wilayah Terengganu yang merupakan antara wilayah terbaik dalam operasi AIM peringkat Kebangsaan (wilayah FC dan 0 PAR). Selain daripada itu, pihak Wilayah dapat melihat projek-projek sahabat yang berjaya dan bagaimana pihak Wilayah Terengganu dapat menguruskan sahabat-sahabat di wilayah tersebut sehingga berjaya. Ilmu tersebut dapat diaplikasikan di Wilayah Selatan keseluruhannya.
Pada hari yang terakhir 20hb 12 2009, kunjungan kakitangan Wilayah Selatan ke pejabat wilayah Terengganu. Dalam pertemuan tersebut, kakitangan kedua-dua wilayah dapat berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman antara satu sama lain. Daripada program yang dijalankan selain mendapat pengalaman dan tunjuk ajar, di situ kita dapat melihat kerjasama, displin, kepercayaan dan sedikit kasih sayang dapat membentuk satu kumpulan atau organisasi yang kuat dan berjaya.
No comments:
Post a Comment