.

PEKERJA DI UTAMAKAN, ORGANISASI DI MAJUKAN

HARI KELUARGA BLOK PONTIAN 2010

ROMPIN - Pada 7/02/2010 telah berlangsung hari keluarga Blok Pontian yang berlangsung di Chalet Persatuan Nelayan Kampung Jawa, Kuala Rompin, Rompin Pahang. Seramai 400 orang sahabat telah hadir pada program tersebut. Hari keluarga blok Pontian telah dirasmikan oleh Pegawai Rancangan(PR) En Adnan Hashim dari pejabat Wilayah selatan. Tujuan program itu diadakan adalah untuk meraikan kejayaan, dimana blok tersebut telah FC. Dan pada masa yang sama adalah untuk berkenalan dengan PR yang baru sahaja berpindah ke Pejabat Wilayah selatan.
Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan doa dan ikrar selepas itu ucapan perasmian oleh PR En Adnan Hashim. Acara sukaneka bermula pada pukul 10.45 pagi untuk ibu dan anak (sahabat) antara acara yang diadakan anyaman ketupat, sepek takraw, dan banyak lagi. kakitangan dan suami sahabat juga terlibat dalam acara sukaneka sekaliguh merapatkan silaturahim antara kedua-kedua pihak.
Acara tamat pada pukul 5.00 petang acara berlangsung dengan jayanya.

1 comment: