
Pengarah Program tersebut yang juga merupakan Setiausaha Agung KEPAIM, Saudara Fakururrazi Idris, dalam maklumannya kepada blogger KEPAIM , menyatakan program tersebut selain dapat mengeratkan sillaturrahim ianya dapat memupuk semangat kerjasama berkumpulan dalam menjayakannya. Program tersebut dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan kakitangan dan membolehkan saling mengenali sesama kakitangan dan keluarga di samping dapat bertukar-tukar fikiran. Program tersebut juga yang berbentuk santai memberikan lebih keselesaan kepada peserta program.
Setiausaha Agung KEPAIM selaku Pengarah Program tersebut berharap agar program seumpama itu dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan berharap Jawatankuasa KEPAIM Pusat di Wilayah-Wilayah yang lain turut menjayakannya.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengurus Wilayah Selatan En. Zubairi Mohd Fadzil yang juga merupakan Penasihat Program tersebut. Dalam ucapannya beliau berharap agar program seumpama itu dapat melahirkan semangat muhibbah sesama kakitangan dan saling mengenali. Dalam ucapannya juga beliau berharap setiap cawangan dapat membentuk kelab Rekreasi dan menganjurkan program rekreasi secara berkala dan tidak perlu memikirkan untuk melaksanakan program yang terlalu besar dan cukup sebagai permulaannya aktiviti riadah. Program tersebut yang bermula pada jam 08.00 pagi berakhir pada 02.00 petang.

No comments:
Post a Comment